Setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, pasti bulan Syawal akan dipenuhi majlis rumah terbuka, satu tradisi yang terus berkekalan hingga kini. Ya, ianya seakan satu kewajipan dan kelaziman terutama kepala pemimpin negara mahupun politik walau ianya bukan satu kayu ukur sokongan rakyat. Namun di majlis seperti ini telah terbukti dapat meraikan kepelbagaian kaum di negara ini yang membawa kepada keutuhan perpaduan negara.
Namun bukan perihal itu yang ingin penulis bawakan. Yang ingin dikongsikan ialah saat keterujaan juga kegembiraan menghadiri rumah terbuka seorang pemimpin negara sewaktu usia kanak-kanak dahulu.
Sebut rumah terbuka pasti yang pertama timbul dalam fikiran seorang yang masih budak usianya ialah saat beratur untuk bersalam dan memdapat duit raya. Itu saat yang dinanti dan pasti sama dengan kanak-kanak lain juga.
Namun di awal 90an, tahun-tahun penulis di alam kanak-kanak, ada satu lagi perkara yang menarik perhatian penulis. Ketika itu, Restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) masih lagi dianggap satu hidangan yang mewah. Ketika itu juga di pekan Bukit Mertajam hanya terdapat 1 restoran KFC, iaitu berhampiran pasar awam pekan Bukit Mertajam.
Teringat ketika ayah penulis mendapat duit lebih, pernah sekali ayah penulis bawa kami sekeluarga ke KFC. Ketika itu layanan 1st class, ala-ala makan di restoran mewah. Pisau sudu semua Stainless Steel, takde macam sekarang ni guna sudu plastik. (kini KFC tersebut juga telah tutup operasi). Harga pon ketika itu, zaman tersebut dikira agak mewah Dan mahal. Siap ada pelayan serve di meja. Sekali saja ketika itu yang penulis dapat makan KFC.
Ok kembali kepada topik. Penulis tinggal di Bukit Mertajam tak jauh dari kampung kelahiran Timbalan Perdana Menteri ketika era itu, Dato Seri Anwar Ibrahim. Secara tradisinya juga setiap tahun beliau akan buat rumah terbuka di kampung halamannya walau kawasan beliau bertanding ialah Parlimen Pmtg Pauh. Yang menarik dibawa beliau dalam rumah terbukanya yang menarik penulis untuk hadir setiap tahun ialah terdapat menu istimewa di gerai istimewa, KFC. Walau dapat hanya seorang seketul sahaja namun ianya cukup membuatkan penulis puas, dapat makan KFC. Apatah lagi ianya boleh dianggap mewah ketika itu, jika tidak kepada orang lain tetapi bagi keluarga penulis Ya, mewah. Bersyukur sebab dapat nikmati secara percuma di rumah terbuka Aidilfitri
Terima kasih Dato Seri Anwar Ibrahim..!!
El Cortez Casino - Mapyro
ReplyDeleteEl Cortez 강릉 출장샵 Casino. 775 El Cortez Blvd, 고양 출장마사지 El 김포 출장안마 Cortez, CA 98280. 나주 출장샵 Directions 시흥 출장마사지 · (530) 893-7777. Toll-free: 800-GAMBLER. Website. http://www.angelcortez.com/casinos/a