Saturday, July 30, 2016

BECA OH BECA-APAKAH NASIBMU

Pulau Pinang merupakan antara negeri yang mengangkat beca sebagai pengangkutan warisan di negeri ini. Ianya juga menjadi tarikan keoada pelancong meneroka keindahan serta keunikan negeri bergelar Pulau Mutiara ini.

Apa yang menyedihkan kini, walau terus menjadi pengangkutan pilihan di arus kepesatan masa kini, beca kian terpinggir. Apatah lagi kebajikan pengayuh beca juga seolah2 dipandang sepi. Tak dinafikan masih ada usaha2 yang dilakukan agensi2 tertentu membantu pengayuh beca di negeri ini.

Kudrat untuk mengayuh beca menggunakan tenaga sendiri seumpama tidak setimpal dengan bayaran dikenakn. Bahkan boleh dilihat pengayuh beca ini menjadikan beca mereka sebagai rumah di malam hari. Mereka tidur di dalam beca tersebut. Macam menonton filem Anak Bapak arahan Tan Sri P. Ramlee tatkala diusir dari rumah sewa. Begitulah perihalnya.

Jalanraya terutama di bandar Georgetown yang kecil, ditambah kesibukan jalan boleh mengundang kecelakaan buat pengayuh beca yang membawa penumpang di laluan bandar ini. Keselamatan mereka yang kebanyakan berusia 40an ke atas diperjudikan. Bahkan juga kselamatan pelancong yang menggunakan khidmat beca.

Mungkin telah tiba bagi pihak berkuasa negeri mencari alternatif bagi memastikan beca terus menjadi nadi pilihan pelancong bersiar di Bandaraya Georgetown. Juga bagi memastikan ianya kekal relevan untuk jangkamasa panjang tanpa pupus ditelan zaman. Bagi memberi semangat kepada pengayuh beca juga generasi akan datang untuk menjadikan beca sebagai sumber pendapatan.

Jika diikutkan sebenarnya beca satu alternatif terbaik bagi pelancong menyelusuri laluan2 ke lokasi menarik di Bandaraya ini terutamanya selain mengayuh basikal. Pelancong akan bebas dari tersangkut dalam kesesakan jalanraya yang membosankan Dan merencat aktiviti mereka di negeri ini. Dengan beca juga, laluan2 kecil dapat dilalui dengan mudah yang tidak dapat dilalui oleh pengangkutan seperti bas.

Jika dilihat beca di negeri ini dan negeri yang juga diiktiraf bandar warisan, Melaka, kita masih ketinggalan dalam mempromosi Dan menjenamakan beca. Boleh dikatakan di Melaka beca2 lebih banyak dihias cantik bagi menarik perhatian pelancong untuk menggunakan khidmat mereka. Namun ianya amat kurang dilakukan pemilik beca negeri ini. Mungkin Atas faktor kos yang tinggi mereka terpaksa melupakannya. Ini peluang yang perlu diambil kerajaan negeri dalam membantu pemilik beca yang akhirnya akan meningkatkan bukan saja ekonomi mereka tetapi negeri amnya.

Juga bagi penulis sudah tiba masanya kerajaan negeri mewartakan lokasi tertentu untuk perkhidmatan beca sahaja. Bukan untuk sepanjang hari tetapi seminggu sekali atau sbulan sekali. Contohnya dengan menutup laluan Padang Kota Lama dari sebarang kenderaan, menyediakan ruangan khas untuk meletakkan kenderaan dan hanya membenarkan beca sahaja melaluinya pada hujung Minggu. Pasti orang ramai yang meletakkan kenderaan jauh akan menggunakan khidmat beca. Beca yang dihias menarik juga pasti akan menjadi tumpuan orang ramai untuk naik beca.

Saat mentransformasikan beca harus sekarang sebelum segala2nya hilang
Bantulah pengayuh beca dan pengangkutan beca di negeri ini..!!

No comments:

Post a Comment

Menarik Di Komuniti Anak Penang.....