Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan membuka permohonan bagi Lesen Gerai Sementara Bermusim (Pasar Ramadhan). Permohonan ini dibuka mulai 20 Mei 2013 dan akan ditutup pada 9 Jun 2013.
Mana-Mana Penganjur yang berminat boleh mendapatkan Borang permohonan di :
1)
Kaunter A, Pejabat Bahagian Pelesenan di Lebuh Pantai,
2)
Pejabat MPPP di Kompleks Pasar Awam Balik Pulau dan
3)
Kaunter Pertanyaan MPPP Tingkat 3 Komtar.
Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke :
Pejabat Bahagian Pelesenan, Kompleks Letak Kereta MPPP, Lebuh Pantai, Pulau Pinang.
Setiap permohonan mestilah disokong bersama dokumen berikut:-
i)
Surat kebenaran tuan tanah (sekiranya ada),
ii)
Resit bayaran tempat letak kereta (sekiranya terlibat dengan tempat letak kereta bertiket Majlis);
iii)
Pelan lokasi yang lengkap;
iv)
Salinan kad pengenalan pemohon/peniaga; dan
v)
Salinan Buku Suntikan Anti Typhoid setiap peniaga / pemohon.
Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
No comments:
Post a Comment