Sunday, September 23, 2012

[KOM.PENANG] MUTIARA PENANG ~ ISA BAKAR




KUALA LUMPUR - Pemergian bekas penyerang kebangsaan Allahyarham Isa Abu Bakar, 58, semalam disifatkan kehilangan besar dalam arena sukan bola sepak negara kerana sumbangannya yang tidak ternilai dalam mengharumkan nama negara di pentas dunia ketika era 1970-an.


Allahyarham dikatakan setanding dengan legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, malah sering bergandingan dalam beberapa perlawanan penting.

Bagi rakan rapat Allahyarham iaitu legenda bola sepak negara, Santokh Singh berkata, Isa seorang yang sungguh dikagumi dan digeruni ketika beraksi, malah sumbangan Allahyarham kepada dunia bola sepak juga tidak terkira.

''Dia adalah rakan rapat saya, kami sering bersama sewaktu beraksi di beberapa kejohanan besar pada era 1970-an bagi saya kehilangannya membuatkan kami sungguh sedih.

''Kali terakhir saya bertemunya ialah pada dua minggu lepas dan pemergiannya memang tiada pengganti,'' kata Santokh ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Hassan Sani menggangap pemergian Isa Abu Bakar membuatkannya terkejut kerana sebelum ini rakannya itu tidak pernah mengadu mengidap sebarang penyakit.

''Isa Bakar seorang yang cemerlang dan banyak membantu ketika menyertai perlawanan di Korea pada tahun 1978 dan Sukan SEA di Jakarta dia adalah yang terbaik,'' kata Hassan.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berkata, Allahyarham seorang yang pemurah dan tidak pernah lokek dalam membantu rakan-rakan yang berada dalam kesusahan.

''Terlalu banyak kenangan yang pernah saya lalui bersama Allahyarham, sifatnya yang pemurah suka membantu rakan-rakan ketika dalam kesusahan membuatkan kami selesa berkawan walaupun dia lebih senior daripada saya.

''Saya amat menghormati Allahyarham kerana dia mempunyai nilai-nilai yang ada sebagai seorang pemain bola sepak legenda,'' jelas Khalid.

Dalam pada itu, jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Isa Abu Bakar selain meluahkan rasa sedihnya ke atas pemergian legenda bola sepak itu.

''Allahyarham tidak pernah sombong dengan sesiapapun yang mendampinginya, sifatnya yang suka berjenaka membuatkan semua orang pasti merinduinya,'' kata Dollah.

N. Baskaran, 58, yang merupakan bekas pemain tengah pasukan Pulau Pinang berkata, dia sudah mengenali Allahyarham hampir 40 tahun dan Isa adalah rakan sebilik setiap kali ada perlawanan luar.

"Dia seorang pejuang dan rakan yang tidak boleh dicari ganti. Kami sudah seperti adik-beradik, malah ke mana juga kami pergi dulu sentiasa bersama, kami turut bermain untuk kelab yang sama," katanya dengan linangan air mata ketika ditemui pemberita.

Bekas pemain tengah tersohor negara, Shukor Salleh, 62, pula memberitahu, walaupun dikatakan mempunyai masalah disiplin di luar padang, namun apabila di padang Allahyarham memberikan 100 peratus komitmen.

"Sebagai pemain, beliau seorang yang hebat, begitu juga sebagai seorang sahabat, macam tidak percaya dia yang kita kenal seorang yang sihat dan cergas sudah pergi meninggalkan kita semua," katanya.

Sementara itu, Datuk Soh Chin Aun ketika ditemui berkata, pemergian Isa merupakan satu kehilangan besar kepada bola sepak negara kerana Allahyarham merupakan seorang pemain yang sangat rajin dan peramah di luar padang.- UTUSAN ONLINE

***Sesungguhnya kita juga merasai kehilangan sebutir mutiara kebanggaan Pulau Pinang. Setiap yg datang akan pergi...kita yg masih hidup susuli pemergiannya dengan sekalung doa jua ALATIHAH>>>>

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tuesday, September 18, 2012

[KOM.PENANG] P. Ramlee vs. MGR (1972)



























Pada 20 Julai 1972, Malaysia dikunjungi oleh pelakon filem legenda India iaitu M.G. Ramachandran atau nama glamournya MGR. Pada ketika itu tiada nama lain yang lebih layak untuk menyambut kedatangan MGR ke Malaysia selain daripada satu-satunya legenda filem Melayu, P. Ramlee. Tiada siapa menyangka bahawa hayat P. Ramlee di dunia hanya tinggal lebih kurang 10 bulan sahaja daripada hari bersejarah itu. P. Ramlee bersama ribuan peminat filem telah menyambut kedatangan MGR di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, iaitu negeri kelahiran P. Ramlee. Pada hari itu, MGR dan P. Ramlee, dua ikon filem tersohor dunia sempat bergambar bersama.

P. Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973 semasa filem terakhirnya Laxmana Do Re Mi masih ditayangkan di pawagam. MGR pula meneruskan kerjaya lakonannya sehingga filem terakhir pada 1978 sebelum bersara dan meninggal dunia pada 1987.


SUMBER : ARKIBNEGARA.BLOGSPOT.COM

[KOM.PENANG] LINE CLEAR terus clear!!



WALAUPUN ianya sekadar gerai yang agak menyedihkan, namun namanya terus gah menjadi perhatian peminat tegar Nasi Kandar terutama dari luar Pu lau Pinang untuk singgah pekena makanannya

Nasi Kandar Line Clear antara lokasi wajib dikunjungi di Pulau Pinang. Namun mungkin bagi mereka yang amat menitikberatkan kebersihan dan keselesaan, ianya mungkin kurang sesuai untuk memenuhi citarasa anda.

Namun jika dah nama peminat tegar, ianya bukan lagi masalah bagi kaki nasi kandaq balun habis-habisan di kedai ini

Thursday, September 13, 2012

[KOM.PENANG] Three-in-1 Trio




Date: 16 September 2012
Venue: Komtar Auditorium A, Level 5
Time: 2:30pm
Ticket Price: RM35
Description:
Three-in-1 Trio is a group of overseas trained Malaysian Musician. Yap Ling(violinist) studied in Royal Academy of Music, London. Besides actively performing in Asia and Europe, he also performs in Russia and USA. He conducts violin master classes throughout the country and also for ABRSM. He is the Music Director of Jesselton Philharmonic Orchestra. Grace Lee(pianist) studied in Auckland University. Besides giving solo performances, she plays chamber music and serves as an orchestra pianist. Lai Kong Loke(cellist) did his Post-grad Orchestra Examination in Germany. He has performed with National Symphony Orchestra since 1993. He played with Commonwealth Youth Orchestra and Asean- Japan Symphony Orchestra in Tokyo. He conducted Georgetown Chamber Orchestra from year 2001-2006 and also performs with Yap Ling and Grace Lee since 2001. We will be performing the works of Tchaikovsky, Glazunov, Paganini, Piazolla , Smetana(Piano Trio in g minor) and Frederick Delius. This year is Delius’s 150th birth anniversary.
sumber: funpenang

Friday, August 24, 2012

[KOM.PENANG] TAHNIAH USTAZ DON !!

PENDAKWAH POPULAR INI, yang merupakan anak Pulau Pinang dan juga pasangannya, Husna juga meruapakan anak Pulau pinang selamat diijabkabulkan. Untuk maklumat lanjut dan gambar-gambar berkaitan sila ushar...>> GAMBAR PERKAHWINAN USTAZ DON<<


Kami mengucapkan tahniah!!

Monday, July 23, 2012

[KOM.PENANG] PASAR RAMADHAN SEKITAR P.PINANG & KULIM 2012

SEB. PERAI UTARA
 1. PR Tmn Bertam Perdana, Kepala Batas
 2. PR Kepala Batas (Tapak Pasar Malam) Pekan K.Batas
 3. PR Telok Air Tawar (Depan Masjid Daerah SPU)
 4. PR Bagan Luar (Padang Dataran Pemuda Merdeka)
 5. PR Pekan Darat
 6. PR Sg Dua (Tmn Desa Murni)
 7. PR Bertam Indah ( Masjid Bertam Indah)
 8. PR Pinang Tunggal (SK P.Tunggal)
 9. PR Putra Bertam K.Batas

SEB PERAI TENGAH
 1. PR Tmn Pauh Indah, Pmtg Pauh
 2. PR Bandar Perda (Masjid Daerah SPT), Pmtg Pauh
 3. PR Taman Pauh Jaya (Masjid Jalan Bharu), Pmtg Pauh
 4. PR Seberang Jaya (Tapak Pasar Malam)
 5. PR Tmn Ciku ( Belakang Wisma Mertajam) Bkt Mertajam
 6. PR Alma (Tapak Pasar Malam)
 7. PR Kg Jelutong, Pmtg Pasir SPT
 8. PR Carrefour Sbrg Jaya
 9. PR Kubang Semang, Penanti


SEB. PERAI SELATAN

PULAU PINANG
 7. PR Sg Nibong (Tapak Pesta)
8. PR Little India
12. PR Balik Pulau (Masjid Daerah BD)
13. PR Sg Pinang, Balik Pulau
14. PR Pekan Kongsi, Balik Pulau
15. PR Pondek Upeh, Balik Pulau
18. PR Nusantara Lebuh Maklom
19. PR Tmn Tun Sardon, Gelugor (Tapak Pasar Malam)
20. PR Bkt Gedong (Tapak Pasar Awam)
25. PR USM (Masjid USM)
26. PR Bayan Baru (Masjid Bayan Baru)
27. PR Kg Melayu Ayer Itam
28. PR Kompleks Bukit Jambul
29. PR Masjid Sg Nibong Besar

KULIM
1. PR Tmn Lagenda, Pdg Serai
2. PR Kulim (Tapak Pasar malam pekan Kulim)
3. PR Kelang Lama (Tapak pasar malam )


ADA lagi ke yg sy x sebut??ada lagi ke yg sy lupa? Kalau ada gtau2 la ek

Tuesday, July 17, 2012

[KOM.PENANG] MASJID DAERAH SPS : EHYA RAMADHAN

Sempena Ramadhan 1433, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah mengatur program khusus bagi meraikan bulan barakah ini. Marilah bersama-sama kami membina rohani disamping mencari keredhaan Ilahi melalui program-program yang telah dirancang dan bakal diadakan, insyaAllah.

 

 

[KOM.PENANG] MASJID DAERAH SPS:KULIAH KHAS DIAMBANG RAMADHAN 2012

Bersempena kehadiran Ramadhan pada tahun ini, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan menganjurkan program Kuliah Khas “Diambang Ramadhan” yang akan di adakan sebagaimana butiran berikut: Tarikh : 19 Julai 2012 (Khamis)
Masa: Lepas solat Maghrib
Penceramah : Ustaz Yusni Bin Mat Piah, Mudir Akademi al-Quran, Taman Sri Janggus, Alma, Bukit Mertajam.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Thursday, July 5, 2012

[KOM.PENANG] SEMINAR HERBA 2012 PERINGKAT NEGERI P.PINANG

Sekadar hiasan
SEMINAR HERBA 2012
KHASIAT DAN PELUANG PERNIAGAAN

8.30 PG
11 JULAI 2012 (RABU)
 AUDITORIUM A, TINGKAT 5
KOMTAR PULAU PINANG

PERCUMA!!

Wednesday, July 4, 2012

[KOM.PENANG] KONSERT UNIC


KONSERT UNIC

DEWAN BESAR SUNGAI DUA
BUTTERWORTH, PULAU PINANG

9.00 MALAM

MASUK PERCUMA!!

MAJLIS BACAAN YAASIN MALAM NISFU SYAABAN DI MASJID NEGERI

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA MASJID NEGERI AKAN MENGANJURKAN MAJLIS BACAAN YAASIN SEMPENA MALAM NISFU SYAABAN SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:-

TARIKH : 14 SYAABAN 1433H / 04 JULAI 2012M (RABU)
JAM : SELEPAS MAGHRIB
TEMPAT : DEWAN SOLAT MASJID NEGERI
MAJLIS AKAN DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG DAN Y.A.BHG TOH PUAN.
JAMUAN MAKAN JUGA DISEDIAKAN.
MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.

Wednesday, June 20, 2012

[KOM.PENANG] GEORGETOWN FESTIVAL 2012


[KOM.PENANG] YOUTH CREATIVE PUBLIC SERVICE AWARENESS SHORT FILM CONTEST 2012 AWARD CEREMONY


[KOM.PENANG] PERLUMBAAN MENDAKI BUKIT BENDERA 2012


[KOM.PENANG] MITM TRAVEL FAIR 2012


[KOM.PENANG] XPRESI HIJAU ANAK MUDA KE PUTRAJAYA PERINGKAT PULAU PINANG


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

HIMPUNAN HIJAU & XPRESI ANAK MUDA
Peringkat Negeri P.Pinang
24 Jun 2012 | Ahad | Pdg Hj Ahmad Badawi, Bagan.

4pm-7pm XPRESI HIJAU ANAK MUDA
Acara/aktiviti:
1. Persembahan Zuar XPDC
2. Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi – ARC & ScramRIDERS Club Penang.
3. Pertunjukkan Demonstrasi Silat
4. Pertunjukkan Seni Silambam
5. Persembahan Tarian Naga & Paluan Gendang Cina
6. Persembahan Boria
7. Solat Asar berjamaah di padang
8. Santai bersama Ketua Pemuda PAS Malaysia
9. Pelancaran Kelab Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS.
MAGHRIB: MUNAJAT BERSAMA PRESIDEN & ULAMA
Solat Maghrib berjamaah
Solat Hajat
Solat Isya berjamaah
MALAM: CERAMAH HIJAU
YB Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang
Ust Nasruddin Hassan Tantawi
Sdr. Mazlan Aliman
Sdr. Hu Pang Chow
YB Dato’ Ust Salleh Man
Ust Mohd Yusni Md Piah
Ust Afnan Hamimi Taib Azamudden
Acara selingan : Gimik Pelancaran Dana Kompleks PAS P.Pinang & pelancaran Himpunan Hijau
Jemput hadir beramai-ramai
TERBUKA KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA!!!
Sebarkan….

Tuesday, June 19, 2012

[KOM.PENANG] WORLD OF FUN WITH UPIN & IPIN













Date: 28th June 2012 – 6th August 2012.
Time: 6pm – 12midnight
Venue: Juru Auto City, Juru, Penang.

[KOM.PENANG] ARMENIAN STREET

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
23 JUN 2012

5 PTG - 10 MLM

ARMENIAN STREET PENANG

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Monday, May 21, 2012

[KOM.PENANG] KULIAH -FORUM MAHABBAH RASULULLAH SAW

SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT UNTUK SAMA-SAMA HADIR KE MAJLIS ILMU SEPERTI BERIKUT :


FORUM MAHABBAH RASULULLAH SAW

TARIKH:

25 MEI 2012 (JUMAAT)

MASA:

9.00 MALAM

TEMPAT :

DEWAN TERBUKA TAPAK PESTA
SUNGAI NIBONG, PULAU PINANG

PANEL:

IMAM MUDA AZHAR
USTAZ IZAB HAMBALI
USTAZ IBRAHIM YUSOFF

Thursday, May 17, 2012

[KOM.PENANG] MERIAH BELIA 2012


[KOM.PENANG] LAMAN JAIPP: Pengajian Bulanan

Pengajian Bulanan
Jumaat Minggu Pertama  (Setiap Bulan)
Bermula : 2 Mac 2012
Jam  : 12.15 Tengahari
Bertempat di : Masjid Daerah, Seberang Perai Utara, Telok Air Tawar

Kitab : KIFAYATUL MUHTADI
Bersama USTAZ BADRULAZHAR BIN ABU BAKAR (Pendakwah Bebas)

Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

[KOM.PENANG] Karnival Pekerjaan Azam Kerja 1Malaysia Anjuran Pejabat Tenaga Kerja Georgetown

Karnival Pekerjaan Azam Kerja 1Malaysia Anjuran Pejabat Tenaga Kerja Georgetown

Tarikh : 19 Mei 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Penang Time Square, Jalan Dato Keramat, Pulau Pinang
Aktiviti :
1. Temuduga Terbuka
2. Klinik Kerjaya
3. Khidmat Nasihat Perburuhan
4. Pendaftaran online JobsMalaysia
5. Pameran Peluang Kerjaya dan Latihan Kemahiran

[KOM.PENANG] WAJAH PENANG KE DUNIA : PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA


Encik Mohamed Maliki bin
Mohamed Rapiee

Beliau juga merupakan Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang. Beliau telah memegang jawatan sebagai Presiden MBM bermula dari tahun 2010

[KOM.PENANG] KURSUS ANJURAN JBS P.PINANG

KURSUS PENGENDALIAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
 
Tarikh :8-10 Jun 2012
 
Tempat :Ipoh, Perak
 
Terbuka kepada yang berminat sebagai sukarelawan OKU.. maklumat lanjut hubungi Encik Kho Chin Hong (04-655 4444)

[KOM.PENANG] TA'ZIM QURAN



SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA BERSEMPENA SAMBUTAN BULAN-BULAN AL-QURAN, MASJID NEGERI AKAN MENGANJURKAN MAJLIS BACAAN KITAB SECARA DAURAH SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:-

TARIKH : 05-06 OGOS 2012 (AHAD DAN ISNIN)
JAM : 8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
PENYAMPAI : Y.BHG TUAN HJ ROSLI BIN OTHMAN AL-BILFASI AL-FILFILANI
KITAB : TA'ZIM AL-QURAN 

BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT PENTADBIRAN MASJID NEGERI ATAU HUBUNGI 04-8282212 UNTUK KETERANGAN LANJUT

[KOM.PENANG] SAMBUTAN HARI BELIA NEGERI PULAU PINANG


[KOM.PENANG] BIG SCREEN FINAL EUFA 2012


[KOM.PENANG] WACANA SANTAI BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS


Thursday, April 26, 2012

[KOM.PENANG] SAMBUTAN 100 TAHUN NESTLE



SEMPENA 100 tahun Syarikat Nestle bertapak di Malaysia satu Sambutan akan diadakan di negeri kelahiran syarikat ini :

SAMBUTAN 100 TAHUN NESTLE

Tempat:
Pusat Konvensyen Straits Quay, Tanjung Tokong
Pulau Pinang

Tarikh:
27- 29 April 2012

[KOM.PENANG] SAMBUTAN HARI ASTRONOMI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

SAMBUTAN HARI ASTRONOMI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
TAHUN 2012


Tempat:
AEON (M) Seberang Perai City Mall, Bandar Perda, Bukit Mertajam

Tarikh:
28 April 2012 (Sabtu)

 Masa : 
10:00 pagi - 10:00 malam

Menarik Di Komuniti Anak Penang.....