Monday, February 4, 2013

[KOM PENANG] TOY MUSEUM DITUTUP

Untuk mereka yang mempunyai minat dan agenda untuk melawati Muzium Mainan (Toy Museum) Pulau Pinang diminta melupakan hasrat tersebut kerana muzium berkenaan telah ditutup.

Bukan sekadar tutup untuk kerja pemulihan namun ditutup terus memandangkan di pintu hadapannya telah dilekatkan notis UNTUK DIJUAL/SEWA

Tiada lagi  Muzium Permainan persendirian terbesar di negara ini. Mungkin kos pengendalian muzium tersebut yang besar berbanding keuntungan yang diperoleh menyebabkan pengendalinya terpaksa gulung tikar

No comments:

Post a Comment

Menarik Di Komuniti Anak Penang.....