Thursday, October 10, 2013
Tuesday, October 8, 2013
[KOM.PENANG] 1 JANUARI 1974: TERBINANYA BANGUNAN TERTINGGI DI P.PINANG-KOMTAR
HARI ini admin nak kongsi entri kali ni bersama angpa semua berkaitan bangunan mercu tanda kebanggaan kita semua. Apa lagi kalau tak Kompleks Tun Abdul Razak atau lebih femes KOMTAR
Ramai sebenaqnya antara kita cuma tau Komtar ni sebagai mercu tanda negeri kita. Sebagai bangunan tertinggi di Pulau Pinang. Tempat kita pakat duk pi ke pejabat kerajaan. Tempat orang luaq pakat mai amik gambaq. Tak sah mai Penang takdak gambaq Komtar dengan feri.
Suatu ketika dulu Komtar amat meriah sekali. Namun kebelakangan ni ianya semakin suram dengan tiada usaha untuk meningkatkan kembali imej Komtar. Hanya kedengaran untuk memindahkan agensi kerajaan dari bangunan sejarah tersebut yang akan menyuramkan lagi bangunan sejarah ini.
Namun bibit-bibit perubahan untuk meningkatkan kembali wajah Komtar di mata pelancong khususnya mula kelihatan sebaik berlaku perubahan landskap politik di negeri kita ni. Beberapa pelan jangka panjang telah dipamerkan kepada umum dan mendapat reaksi positif masyarakat. Ruang legar, lif dan beberapa aras tumpuan telah pun mengalami perubahan wajah sesuai dengan arus semasa agar Komtar terus relevan sehingga akan datang
Suatu ketika dulu Komtar amat meriah sekali. Namun kebelakangan ni ianya semakin suram dengan tiada usaha untuk meningkatkan kembali imej Komtar. Hanya kedengaran untuk memindahkan agensi kerajaan dari bangunan sejarah tersebut yang akan menyuramkan lagi bangunan sejarah ini.
Namun bibit-bibit perubahan untuk meningkatkan kembali wajah Komtar di mata pelancong khususnya mula kelihatan sebaik berlaku perubahan landskap politik di negeri kita ni. Beberapa pelan jangka panjang telah dipamerkan kepada umum dan mendapat reaksi positif masyarakat. Ruang legar, lif dan beberapa aras tumpuan telah pun mengalami perubahan wajah sesuai dengan arus semasa agar Komtar terus relevan sehingga akan datang
KOMTAR DI BIBIR
Walaupun terdapat dua Komtar di Malaysia ni, satu dekat Penang la dan satu lagi di Johor.Tapi femesnya mesti la Komtar Penang, sama femes dengan Nasi Kandaq. Femesnya menara ni sampai ianya cukup melekat di bibir kita dan dijadikan sebagai kiasan dalam bahasa harian. Pernah tak angpa dengaq orang order " Teh tarik Komtar satu!!"
Mesti pernah kan?hehehe.. Komtar tu dah jadi kiasan atau trademark untuk menggambarkan sesuatu yang tinggi atau besaq. Jarang la dengaq The tarik KLCC, Air Kopi Menara Alor Setaq kan. Tu bertapa hebatnya Komtar Pulau Pinang
Satu soalan kat angpa, tau ka angpa bila Komtar ni dibina? Jom Kita baca lagi..
01-01-1974 KOMTAR DI PULAU PINANG
Tarikh peristiwa : 1.1.1974(sumber)
Pada hari ini dalam tahun 1974, Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak telah merasmikan upacara Penanaman Cerucuk Asas Projek Pusat Perbadanan Bandaraya Pulau Pinang ataupun KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) di Pulau Pinang. Projek KOMTAR ini dicipta di bawah rancangan ‘Kawasan Pembangunan Menyeluruh’ sebagai sebuah projek untuk memperbaharui semula Bandaraya Georgetown. Projek ini merupakan satu projek yang terbesar, menyeluruh dan bercantum.
Ini direka bentuk untuk menampung kehendak-kehendak di bidang sivik, pentadbiran dan perdagangan di Bandaraya Georgetown. Projek KOMTAR ini terletak di kawasan seluas 27.1 ekar (10.94 hektar). Ia dibahagikan kepada beberapa peringkat untuk dimajukan bagi pihak kerajaan Negeri Pulau Pinang. Projek ini dilaksanakan secara erperingkat-peringkat. Ini adalah untuk menjaminkannya dilaksanakan secara licin serta mengurangkan masalah kepada penduduk yang terlibat dalam projek ini. Projek KOMTAR ini menyediakan kemudahan-kemudahan untuk membeli-belah, pejabat-pejabat, pusat penjaja, panggung wayang, tempat pertukaran bas, pejabat pos, balai bomba, pusat perdagangan, tempat meletak kereta bertingkat, kawasan khas untuk orang berjalan kaki, dewan serbaguna dan juga sebuah hotel antarabangsa.
Apabila siap, bangunan KOMTAR ini diharap dapat mengubah wajah bandaraya Pulau Pinang dari kesan penjajah. Ia diharap dapat mencerminkan keperibadian Malaysia dan mencerminkan penduduk negara yang berbilang bangsa. Projek ini menunjukkan sikap pandangan jauh kerajaan negeri untuk melakukan pembaharuan yang boleh dibanggakan bukan sahaja oleh negeri Pulau Pinang bahkan oleh negara. Dengan perasmian Penanaman Cerucuk Asas Projek Pusat Bandaraya Pulau Pinang yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak pada hari ini dalam tahun 1974, wujudlah sebuah lagi mercu tanda yang baru bagi negeri Pulau Pinang.
SUMBER: alongxp.com
HAA...tu la sejarah mulanya terbina Menara Komtar di pulau kita ni. Lama dah tu, dan pernah jadi bangunan tertinggi di Asia tu..Perrgghh, patut banggaaaa ni :)
Oh ya, tu satu hal. Satu peristiwa penting jugak berkaitan Komtar ni yang mungkin dah takdak kat kotak pemikiran angpa. Tau tak yang menara Komtar ni pon pernah terbakaq satu masa dulu?
Jom baca sedutan ni...
1983:KOMTAR TERBAKAR
Pada 1983, bangunan KOMTAR di Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan ketika
itu telah mengalami kebakaran besar di puncak menaranya yang ketika itu telah
mencapai tingkat ke-47 (setelah siap dibina dua tahun kemudian, KOMTAR mempunyai
65 tingkat)
SUMBER: arkibnegara.BlogSpot
GEMPA & KOMTAR
Seperti yang kita tau Komtar ni di menaranya terletaknya bermacam agensi kerajaan baik negeri mahupun pusat. Yang paling tak bestnya kalau berlaku gempa bumi di negra jiran terutama Indonesia. Ini kerana Pulau Pinang ni letaknya dekat dengan Sumatera. Maka bergegarlah sapa yang duk kat atas menara ni
Apa lagi, berbunyilah siren. Lif dah tak leh guna, kena la panjat turun tangga. Sapa yang duk tinggi-tinggi tu naya la. Boleh pengsan bukan sebab asap atau runtuhan tapi sebab penat turun tangga. Nasib badan
Sekian :)
Sunday, August 11, 2013
Tuesday, May 21, 2013
[KOM.PENANG] Permohonan Lesen Gerai Sementara Pasar Ramadhan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan membuka permohonan bagi Lesen Gerai Sementara Bermusim (Pasar Ramadhan). Permohonan ini dibuka mulai 20 Mei 2013 dan akan ditutup pada 9 Jun 2013.
Mana-Mana Penganjur yang berminat boleh mendapatkan Borang permohonan di :
1)
Kaunter A, Pejabat Bahagian Pelesenan di Lebuh Pantai,
2)
Pejabat MPPP di Kompleks Pasar Awam Balik Pulau dan
3)
Kaunter Pertanyaan MPPP Tingkat 3 Komtar.
Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke :
Pejabat Bahagian Pelesenan, Kompleks Letak Kereta MPPP, Lebuh Pantai, Pulau Pinang.
Setiap permohonan mestilah disokong bersama dokumen berikut:-
i)
Surat kebenaran tuan tanah (sekiranya ada),
ii)
Resit bayaran tempat letak kereta (sekiranya terlibat dengan tempat letak kereta bertiket Majlis);
iii)
Pelan lokasi yang lengkap;
iv)
Salinan kad pengenalan pemohon/peniaga; dan
v)
Salinan Buku Suntikan Anti Typhoid setiap peniaga / pemohon.
Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Friday, May 10, 2013
[KOM.PENANG] ILMU: CERAMAH MANISNYA KAWIN MUDA
Mari sertai kami pada 17MEI 2013 ini didalam ceramah 'MANISNYA KAHWIN MUDA'
bersama HILAL ASYRAF & USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI
di DTSP , 8.30PM - 11.00PM
DAPATKAN TIKET DI BOOTH DI HADAPAN DK FOYER MULAI RABU(24 APRIL 2013) INI
"berilmu sambil beramal"
50% daripada keuntungan anda akan disumbangkan kepada rumah kebajikan di sekitar pulau pinang.
Moga tuhan rahmati kita
bersama HILAL ASYRAF & USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI
di DTSP , 8.30PM - 11.00PM
DAPATKAN TIKET DI BOOTH DI HADAPAN DK FOYER MULAI RABU(24 APRIL 2013) INI
"berilmu sambil beramal"
50% daripada keuntungan anda akan disumbangkan kepada rumah kebajikan di sekitar pulau pinang.
Moga tuhan rahmati kita
Amin.
anjuran : Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) USM
[KOM.PENANG] AKTIVITI: HIMPUNAN RAKYAT PULAU PINANG
BERTITIK tolak dari himpunan di Stadium kelana Jaya baru-baru ini dengan kehadiran puluhan ribu, himpunan ini diteruskan Pembangkang di Negeri Pulau Pinang seperti berikut:
HIMPUNAN RAKYAT PULAU PINANG
11 MEI 2013 (SABTU) STADIUM JALAN BETEK, BKT MERTAJAM
'SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT'
TOLAK PENIPUAN PRU 13
Antara Penceramah:
Dato Seri Anwar Ibrahim
YAB Lim Guan Eng
Tn Hj Mat Sabu
11 MEI 2013 (SABTU) STADIUM JALAN BETEK, BKT MERTAJAM
'SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT'
TOLAK PENIPUAN PRU 13
Antara Penceramah:
Dato Seri Anwar Ibrahim
YAB Lim Guan Eng
Tn Hj Mat Sabu
[KOM.PENANG] AKTIVITI : SAMBUTAN ULANGTAHUN PERSATUAN PELUKIS CAT AIR PULAU PINANG KE 30
Tomorrow Saturday 11th May 2013, is the
official opening of Penang Water Colour Society's 30th Annual Exhibition
by Dato' Tay Mo-Leong, the Hon.Advisor of Penang Water Colour Society
at 4.00 p.m at Penang State Art Gallery,Ground Floor,Dewan Sri
Pinang,Penang.
So make a time to be here on this pleasant afternoon to discover the hidden talents in the creation of artwork by Penang Water Colour Society's artist.
See you there guys!!!Cheers.......
sumber: FB Muzium Negeri Pulau Pinang
So make a time to be here on this pleasant afternoon to discover the hidden talents in the creation of artwork by Penang Water Colour Society's artist.
See you there guys!!!Cheers.......
sumber: FB Muzium Negeri Pulau Pinang
Friday, March 8, 2013
[KOM PENANG] JADUAL KULIAH MASJID SEKITAR PULAU PINANG
Tuesday, February 12, 2013
Monday, February 4, 2013
[KOM PENANG] TOY MUSEUM DITUTUP
Untuk mereka yang mempunyai minat dan agenda untuk melawati Muzium Mainan (Toy Museum) Pulau Pinang diminta melupakan hasrat tersebut kerana muzium berkenaan telah ditutup.
Bukan sekadar tutup untuk kerja pemulihan namun ditutup terus memandangkan di pintu hadapannya telah dilekatkan notis UNTUK DIJUAL/SEWA
Tiada lagi Muzium Permainan persendirian terbesar di negara ini. Mungkin kos pengendalian muzium tersebut yang besar berbanding keuntungan yang diperoleh menyebabkan pengendalinya terpaksa gulung tikar
Thursday, January 17, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Menarik Di Komuniti Anak Penang.....
-
HARI ini admin nak kongsi entri kali ni bersama angpa semua berkaitan bangunan mercu tanda kebanggaan kita semua. Apa lagi kalau tak Kom...
-
MASJID PERMATANG JANGGUS MASJID ABDULLAH FAHIM SURAU FLAT DELIMA SG ARA
-
SEB. PERAI UTARA 1. PR Tmn Bertam Perdana, Kepala Batas 2. PR Kepala Batas (Tapak Pasar Malam) Pekan K.Batas 3. PR Telok Air Tawar ...
-
Pada 20 Julai 1972 , Malaysia dikunjungi oleh pelakon filem legenda India iaitu M.G. Ramachandran atau nama gla...
-
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan membuka permohonan bagi Lesen Gerai Sementara Bermusim (Pasar Ramadhan). Permohonan ini dibuk...
-
Date: 28 th June 2012 – 6 th August 2012. Time: 6pm – 12midnight Venue: Juru Auto City, Juru, Penang.
-
Bersempena kehadiran Ramadhan pada tahun ini, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan menganjurkan program Kuliah Khas “Diambang Ramadhan...